skbr-pergpmdraub.zoom-a.com
E-mel : skbr-pergpmdraub@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | SEJARAH PENUBUHAN PGPDM | VISI & MISI | AJK PERSATUAN GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA | MESYUARAT AJK GPM | SENARAI AHLI GPM | UNIFORM PERSATUAN GPM | TAKWIM PGPMDR | KECEMERLANGAN PSS DAERAH RAUB | PUSAT KHIDMAT BANTU | INFO KEPADA AHLI | ALBUM GPM | KATA HIKMAT | FAKTA MENARIK | PAUTAN | BUKU PELAWAT |

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA DAERAH RAUB

Persatuan Guru Perpustakaan dan Media Daerah Raub ditubuhkan sempena dengan Kursus Ke Arah Kecemerlangan dan Keutuhan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Daerah Raub yang telah diadakan di SK Ulu Gali pada 20hb hingga 22hb Julai 2010.

Seramai 52 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Daerah Raub yang mewakili tiga kelompok PKG iaitu PKG Bandar Raub, PKG Batu Talam dan PKG Dong telah sepakat untuk menubuhkan persatuan ini.

Menerusi mesyuarat AJK Penaja yang dipengerusikan oleh En Ishak Hassan, ahli-ahli telah bersetuju melantik ajk dan merancang aktiviti bagi tahun 2010.

Bagi pembentukan AJK barisan kepimpinan yang telah dilantik adalah seperti berikut:

Penaung: Pegawai Pelajaran Daerah Raub

Penasihat: Tn Hj Afendi Abdul Aziz (Penolong Pegawai Daerah Raub)

Pengerusi: En Ishak Hassan (SK Bandar Raub)

Naib Pengerusi: Pn Hjh Zalha Mohd Idris (SKM Jabar)

Setiausaha: En Zamran Hashim (SK Tersang 3)

Penolong Setiausaha: Cik Lim Kwee Ching (SMK Tengku Kudin)

Bendahari: Pn Rosfa Arni Ahmad (SMK Mahmud)

AJK

Cik Chung Yih Fei (SMK Chung Ching)

En Fauzan Zakaria (SK (P) Methodist)

Pn Lor Yin San (SMK Dong)

Pn Nurul Asmah Mahmud (SK Chenua)

Pn Zanariah Zainal Abidin (SK Ulu Sungai)

Pn Maizatul Akma Ali (SK Tersang)

Ahli juga sebulat suara untuk membuat uniform persatuan yang akan dipakai semasa menghadiri aktiviti yang melibatkan GPM seperti mesyuarat, kursus, bengkel dan sebagainya.

Antara aktiviti yang dirancang ialah lawatan penanda aras ke pusat sumber cemerlang peringkat negeri dan kebangsaan, kursus kecemerlangan pusat sumber,bengkel fail kuasa dan fail meja, program raya GPM dan perkhemahan membaca dan Tokoh NILAM Daerah Raub.

Dalam ucapan perasmian penutup Kursus Ke Arah Kecemerlangan dan Keutuhan Pusat Sumber, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Raub telah memuji GPM kerana berjaya menubuhkan persatuan. Beliau berharap melalui persatuan yang ditubuhkan akan dapat meningkatkan kecemerlangan pss sekolah-sekolah daerah Raub sehingga mencapai tahap cemerlang di peringkat negeri dan kebangsaan.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: